Bahan-bahan
• 250 gm gula (aii kurangkan gula supaya tak manis sangat)
• 2 biji telur
• 1 sudu kecil esen vanilla
• 200 ml susu segar
• 300 gm tepung gandum
• 1 sudu kecil ovallate
• Pewarna (ikut suka)
• Acuan
Cara-cara
1. Panaskan kukusan. Sebaik-baiknya, bungkus penutupnya untuk mengelakkan air dari jatuh ke atas bahan kukusan nanti.
2. Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu.
3. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
4. Masukkan ovallate dan pukul lagi.
5. Masukkan tepung dan susu berselang-seli sambil dipukul sehingga gebu.
6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian
7. Masukkan pewarna dalam setiap bahagian dan kaupbalikkan hingga warna sekata.
8. Masukkan setiap bahagian warna kedalam piping bag yang berasingan(atau plastik bersih dan potong sikit bucunya).
9. Picitkan setiap bahagian warna ke dalam acuan apam tersebut.
10. Kukus selama 10 - 15 minit
11. Siap untuk dihidangkan sebagai minum petang ataupun sarapan.
psstt: ada sesetengah apam nie merekah tapi ada gak setengah elok sopan je takmau merekah.. hehehe alhamdulillah, lembut gebu dan sedap.
**sumber resepi: Hanieliza's cooking
RESIPI KEK PAUN OREN
11 months ago
No comments:
Post a Comment