Friday, April 30, 2010

Kuih Kaswi

Dah lama tak buat kuih. Rasa macam dah keras pulak tangan nie. hehehe Petang semalam, buat kuih kaswi. Beria mintak mak tolong tanya kat jiran makcik tingkat 5 tue cara-cara nak buat kuih kaswi. Almaklumlah, anak dara baru belajar.

Bahan-bahan A:
  •  1 cawan gula merah /perang
  •  1 cawan gula pasir
  •  5 cawan air
  • daun pandan, disiat dan simpul

Bahan-bahan B :
  • 21/2 cawan tepung gandum
  • air
  • 1 sudu kecil kapur makan

Bahan-bahan C :
  • 1/2 biji kelapa parut putih(kelapa muda)
  • Secubit garam 

Cara-cara:
1. Satukan bahan2 A dan masak atas api sederhana hingga semua larut.
2. Satukan bahan2 B dalam satu bekas. Kacau rata dengan wisk
3. Satukan no1 dan no2. Kacau rata dan tapis ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak masak.
4. Panaskan kukus. Kukus lebih kurang 30 minit.
5. Selepas masak, tunggu hingga sejuk baru dipotong.
6. Gaulkan kelapa muda dengan sedikit garam.
7. Lumurkan kuih yang telah dipotong dengan kelapa yang telah digaram.



Dah siap kuih kaswi untuk minum petang.

Tuesday, March 30, 2010

Cheese cake



 
Resepi nie dari nursia & dimodified sket oleh tukang masaknya..aii la sape lagi..hihi

Bahan-bahan:
  • 250g cream cheese
  • 200cc/ml fresh cream/plain yogurt
  • 2 sudu besar jus lemon/almond essence
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 90g gula
  • 1 pack of digestive biskut/ biskut merie/biskut wholemeal
  • butter

Cara-cara:
  1. Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper)
  2. Masukkan cream cheese, fresh cream/plain yogurt, jus lemon/almond essence, telur & gula ke dalam mixer atau blander. Pukul sampai kembang.Mix biar sampai jadi cream
  3. Hancurkan biskut & masukkan ke dalam loyang sebagai base. Tekan supaya jadi padat.
  4. Tuang adunan cheese yg dah kembang td ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit
  5. Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.
  6. Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap.
  7. Kalau nak jadikan raspberry cheese cake bolehla sapukan jem raspberry sbg topping kt atas die..

Sunday, March 28, 2010

Apam Mekar

Bahan-bahan
• 250 gm gula (aii kurangkan gula supaya tak manis sangat)
• 2 biji telur
• 1 sudu kecil esen vanilla
• 200 ml susu segar
• 300 gm tepung gandum
• 1 sudu kecil ovallate
• Pewarna (ikut suka)
• Acuan

Cara-cara
1. Panaskan kukusan. Sebaik-baiknya, bungkus penutupnya untuk mengelakkan air dari jatuh ke atas bahan kukusan nanti.
2. Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu.
3. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
4. Masukkan ovallate dan pukul lagi.
5. Masukkan tepung dan susu berselang-seli sambil dipukul sehingga gebu.
6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian
7. Masukkan pewarna dalam setiap bahagian dan kaupbalikkan hingga warna sekata.
8. Masukkan setiap bahagian warna kedalam piping bag yang berasingan(atau plastik bersih dan potong sikit bucunya).
9. Picitkan setiap bahagian warna ke dalam acuan apam tersebut.
10. Kukus selama 10 - 15 minit
11. Siap untuk dihidangkan sebagai minum petang ataupun sarapan.


psstt: ada sesetengah apam nie merekah tapi ada gak setengah elok sopan je takmau merekah.. hehehe alhamdulillah, lembut gebu dan sedap.


**sumber resepi:  Hanieliza's cooking

Thursday, January 21, 2010

Vanilla Choc Chip Muffin

Bahan-bahan:

  • 250gm tepung (diayak)
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat (kurang takpe jgn terlebih)
  • 175gm gula
  • coklat cip 
  • coklat rice
  • 250ml susu segar
  • 90ml minyak
  • 2 biji telur  
  • 1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara:
1. Ayak tepung bersama baking powder & soda bikarbonat
2. Asingkan putih telur & kuning telur. Pukul keduanya dalam bekas berbeza hingga kembang
3. Pukul putih telur & gula hingga gula hancur. Tambahkan kuning telur
4. Masukkan minyak & tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi. Pukul hingga sebati.Tambahkan susu & juga esen vanila.
5. Gaulkan dengan coklat cip
6. Letakkan ke dalam papercup 3/4 daripada ketinggian papercup. Jika menggunakan papercup jenis nipis, letak papercup dalam muffin tin.
7. Tabur coklat rice jika suka or supaya muffin tidak nampak terlalu kosong
8. Bakar selama 20min pada suhu 180C. Pastikan oven telah dipanaskan terlebih dahulu.


Taddaaaa...my vanila choc chip muffin



 
Blog Design by Template-Mama.