Masa raya aidilfitri ke 5 hari tue, tekak nie tetiba rasa nak makan puding caramel. Alahai..mana la nak cekau time2 macam tue. Tetiba jugak ringan je tangan nak surf resepi puding karamel kat internet pastue nak try buat sendiri. Kemudian, dengan gegehnya ke dapur check drawer. Alhamdulillah, bahan-bahan nak buat the simplest puding karamel semua ada dalam drawer kat dapur. So, tak perlu sibuk nak pergi kedai. So, mission is on.
Bahan-bahan A:
1 tin susu cair (400mL) nak ganti dengan susu segar dlm kotak boleh jugak
5 sudu besar gula halus
5 biji telur
2-3 titik esen vanila
Bahan-bahan B (karamel):
5 sudu besar gula
2-3 sudu besar air
Cara-cara:
1. Penyediaan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana sehingga keperangan (jangan biar gula hangit). Masukkan 1-2 sudu lagi air. Tuang ke dalam loyang. Tapis jika berketul. Ketepikan. Kalau tak pandai buat gula jadi perang, guna je gula perang lagi senang.. Guna sukatan yang sama & cairkan.
2. Masukkan telur dan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Pastikan gula telah larut sepenuhnya.
3. Panaskan susu cair tapi jangan sampai ia mendidih.
4. Tuangkan campuran telur & gula yang telah sebati ke dalam susu panas. Kacau hingga sebati sebelum tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
5. Kukus antara 15-20 minit.
6. Bila dah masak, biarkan sejuk seketika. Kemudian ambil piring/bekas yang sesuai dan terbalik kan puding tersebut di atas pinggan. Simpan dalam peti sejuk.
7. Satu ke dua jam kemudian. Puding caramel is ready to eat...............
si puding karamel yang tak cantek..buruk kan..
Nota kaki 1: memandangkan nie first time buat, maka rupa puding karamel saya sangatla buruk. hishh..buat malu je..karamel nya belum sempat keras saya dah curah campuran telur+gula+susu. Sebab tue la lapisan karamel yang warna perang tue kurang menyerlah.
Nota kaki 2:Kesilapan kedua saya adalah menggunakan loyang bersaiz terlalu besar. Sebab tue la, puding karamel saya leper je.
Nota kaki 3: Mak saya kata walaupun buruk nasib baik sedap. hehehe
Nota kaki 2:Kesilapan kedua saya adalah menggunakan loyang bersaiz terlalu besar. Sebab tue la, puding karamel saya leper je.
Nota kaki 3: Mak saya kata walaupun buruk nasib baik sedap. hehehe
No comments:
Post a Comment