Friday, April 30, 2010

Kuih Kaswi

Dah lama tak buat kuih. Rasa macam dah keras pulak tangan nie. hehehe Petang semalam, buat kuih kaswi. Beria mintak mak tolong tanya kat jiran makcik tingkat 5 tue cara-cara nak buat kuih kaswi. Almaklumlah, anak dara baru belajar.

Bahan-bahan A:
  •  1 cawan gula merah /perang
  •  1 cawan gula pasir
  •  5 cawan air
  • daun pandan, disiat dan simpul

Bahan-bahan B :
  • 21/2 cawan tepung gandum
  • air
  • 1 sudu kecil kapur makan

Bahan-bahan C :
  • 1/2 biji kelapa parut putih(kelapa muda)
  • Secubit garam 

Cara-cara:
1. Satukan bahan2 A dan masak atas api sederhana hingga semua larut.
2. Satukan bahan2 B dalam satu bekas. Kacau rata dengan wisk
3. Satukan no1 dan no2. Kacau rata dan tapis ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak masak.
4. Panaskan kukus. Kukus lebih kurang 30 minit.
5. Selepas masak, tunggu hingga sejuk baru dipotong.
6. Gaulkan kelapa muda dengan sedikit garam.
7. Lumurkan kuih yang telah dipotong dengan kelapa yang telah digaram.



Dah siap kuih kaswi untuk minum petang.

 
Blog Design by Template-Mama.